Sabtu, 26 Februari 2011


Tajuk esei;
Sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah anda
Disediakan untuk;
Ustaz Abd Aziz Harjin,(Pensyarah CTU 151)
Disediakan oleh;
Nama:Amirul Asyraf  bin Amel    
No.Matrik:2010482738
Kumpulan:ASD2Dn

Program;
Diploma Sains Gunaan (AS120)
Tarikh Hantar;
28/2/2011






Isi kandungan;
1)                       Tajuk
2)                       Abstrak
3)                       Pendahuluan
4)                       Konsep:

    i.             Sejarah penubuhan Masjid Felda Sungai Tiang
ii.            Kegiatan Masjid Felda Sungai Tiang
iii.            Peranan Masjid Felda Sungai Tiang
iv.            Masalah Yang Dihadapi Masjid Felda Sungai Tiang
 v.            Penyelesaian Yang Dilakukan 

5)                       Penutup
6)                       Bibliografi

Tajuk
 Sejarah penubuhan dan kegiatan Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang,Pendang,Kedah

Abstrak
Masjid  merupakan tempat ibadah yang penting dalam kehidupan seseorang individu muslim.Peluang memperoleh pahala yang berlipat kali ganda amat tinggi jika bersolat di masjid kerana bersolat di masjid atau di surau akan diberi ganjaran 27 kali darjat pahala dari Allah.Berbanding seseorang hamba Allah yang bersolat bersendirian hanya akan mendapat 1 kali darjat pahala disisi Allah.Bersolat di masjid juga banyak kelebihannya kerana pahalanya boleh bertambah terutamanya jika bersolat sunat .Contohnya,seorang muslimin atau muslimah yang bersolat sunat tahiyatul masjid akan memperoleh lebih banyak pahala disisi Allah.Solat sunat tahiyatul masjid hanya dilakukan selepas masuk ke dalam masjid. Solat ini dilakukan selepas masuk ke dalam masjid sementara menunggu bilal melaungkan azan menandakan masuknya waktu sembahyang. Seperti yang diketahui, terdapat tiga masjid yang paling mulia di dalam dunia ini, tiga masjid tersebut ialah Masjidilharam di Makkah yang akan memperoleh pahala sebanyak 3000 pahala (wallahualam) , Masjid  Nabawi sebanyak 2000 pahala(wallahualam) , dan Masjidil aqsa sebanyak 1000 pahala(wallahualam).Selain itu, seseorang muslim mampu menambah pahala jika memasuki masjid dengan langkah kaki kanan dahulu serta berniat atau berdoa dengan doa “Ya Allah, kurniakanlah diriku rahmat-Mu” dan diikuti dengan berniat iktikaf di dalam masjid kerana Allah taala. Sebelum keluar masjid, disunatkan melangkah keluar dengan kaki kiri dahulu dan berdoa “ Ya Allah, kurniakanlah hambamu ini dengan rezeki-Mu “. Seseorang muslimin atau muslimah boleh melakukan sunnah Rasulullah ini dengan membaca doa tersebut didalam hati dengan niat atau secara lisan dengan perlahan agar tidak terlalu kuat sehingga mengganggu para jemaah yang lain. Insyaallah, kehidupan seseorang muslim akan memperolehi keberkatan pahala yang berlipat kali ganda, Alhamdulillah. 



Pendahuluan
Assalamualaikum,
          Syukur Alhamdulillah ikhlas saya ucapkan dari sanubari saya kepada Allah yang maha esa kerana memberi rahmat dan peluang kepada saya untuk menulis dan menyiapkan esei yang diamanahkan kepada saya ini.Hal ini kerana hanya Allah berkuasa dalam menentukan kejayaan atau kegagalan saya dalam menyiapkan esei ini.Tidak lupa juga kepada penduduk kampung Felda Sungai Tiang terutamanya Tok wan (Pak rahim janggut) , Pak lang (tok siak) dan rakan-rakan serta ayah saya(Encik Amel bin Ali)yang banyak membantu dalam proses menemubual penduduk kampung untuk menyiapkan esei ini.Selain itu,tidak lupa kepada pensyarah  CTU saya , Ustaz Aziz Harjin.

       Tujuan esei ini ditulis adalah untuk menyedarkan dan memberi maklumat kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung Felda Sungai Tiang sendiri mengenai fungsi dan kegiatan masjid di Felda Sungai Tiang.Hal ini kerana tidak semua penduduk atau masyarakat mengetahui kegiatan-kegiatan yang dilakukan di masjid.Insyaallah,bidang atau isi-isi penting yang saya padatkan dalam esei ini akan dapat membantu masyarakat islam mahupun bukan islam memahami dan mengubah perspektif negatif mereka terhadap institusi masjid. Selain itu,generasi muda juga akan perlu mempunyai maklumat mengenai institusi masjid agar dapat digunakan untuk masa depan mereka sendiri.

         Skop tulisan yang saya padatkan di dalam esei ini merangkumi aktiviti atau kegiatan-kegiatan di masjid Felda Sungai Tiang, carta organisasi masjid ini, sejarah penubuhan, peranan masjid ini, masalah yang dihadapi dan jalan penyelesaiannya.

          Harapan saya agar pembaca yang berpeluang meneliti hasil saya ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar. Selain itu,penyebaran maklumat yang terkandung dalam hasil ini adalah digalakkan untuk tatapan masyarakat.Jika tardapat sebarang kesilapan maklumat,sila komenkan agar dapat dibetulkan oleh saya .Diharap masjid Felda Sungai Tiang akan dikenali masyarakat.

          Akhir kata,institusi masjid amat penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana perkembangan ilmu agama bermula dari sini.Kita sebagai generasi muda adalah diwajibkan untuk mengimarahkan masjid tersebut.  Wassalam…


Konsep

Sejarah penubuhan Masjid Felda Sungai Tiang

            Sebelum  masjid yang asal di kampung ini dibina pada tahun 1960,para peneroka felda telah melalui pelbagai pengalaman pahit getir untuk membuka tanah rancangan ini.Hal ini kerana para peneroka terpaksa bermandi peluh untuk menebang hutan belantara yang tebal.Namun, semua itu tidak menjadi batu penghalang kerana mereka mengamalkan konsep bersatu padu serta mempunyai semangat untuk mengubah nasib isteri dan anak-anak.pelbagai situasi merbahaya yang terpaksa mereka tempuhi seperti terserempak dengan haiwan buas,banjir dan sebagainya.

          Felda Sungai Tiang dibuka pada tahun 1959 yang disertai lima kumpulan yang berjumlah melebihi 100 orang di dalam 1 kumpulan. Kumpulan pertama yang hadir adalah pada tarikh 1\12\1959, kumpulan kedua pada 11\12\1959,kumpulan ketiga 27\12\1959,keempat 31\12\1959 dan kelima 3\1\1960.Nama asal Felda Sungai Tiang ialah Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Tiang. Jumlah peneroka  yang berjuang untuk kemajuan masa depan keluarga mereka ialah 518 orang termasuk masyarakat siam.Pak Rahim Janggut juga merupakan salah seorang para peneroka terawal tersebut. Nama asal Sungai Tiang diambil apabila para peneroka terawal menjumpai sebatang pokok besar yang kelihatan seperti sebatang tiang yang tumbuh didalam sebatang sungai berdekatan kawasan kampung tersebut. Dari situlah nama Sungai Tiang diambil dan diabadikan sebagai nama kampung ini iaitu kampung  Felda Sungai Tiang.

        Penebangan lot hutan bermula pada tahun 1960 untuk penanaman getah. Antara jangka masa untuk menunggu pokok getah membesar,para peneroka bercucuk tanam dan seorang peneroka akan mendapat elaun sebanyak Rm 65 untuk suami isteri yang mempunyai kurang 4 orang anak, dan Rm 70 untuk yang mempunyai lebih dari 4 orang anak. Sebelum masjid Felda Sungai Tiang dibina, para peneroka terpaksa berjalan untuk bersembahyang jumaat di Kampung Baru pada setiap minggu. Jaraknya dianggarkan 3 kilometer. Namun, para peneroka tidak mengeluh kerana mereka mengamalkan sabda Rasulullah yang menyatakan bahawa setiap selangkah kaki yang berwuduk yang berjalan ke masjid akan mendapat pahala sedarjat.

        Selepas setahun, para peneroka mula merancang untuk membina masjid yang berkeluasan 2 buah rumah yang dibantu oleh kerajaan negeri yang membekalkan bahan mentah.Pemilihan calon imam pada masa itu adalah mengikut pemilihan para peneroka sendiri. Kebanyakan calon yang dipilih merupakan bekas pelajar Maahad Tahfiz atau pondok agama dari Kelantan.Mereka dipilih berdasarkan kelakuan,latar belakang pendidikan dan niat ikhlas kerana Allah S.W.T . Pada tahun 1960 sehingga sekarang , terdapat lima orang imam yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin anak qariah. Imam pertama hingga imam keempat dipilih sendiri oleh penduduk, manakala imam kelima dipilih secara percalonan sebelum ditemuduga oleh Jabatan Agama Islam Kedah. Hal ini kerana imam pertama sehingga imam kelima merupakan generasi pertama iaitu para peneroka sendiri tetapi imam kelima merupakan generasi kedua iaitu anak peneroka.

Berikut merupakan senarai nama imam dari yang pertama sehingga imam kelima:

1960-1967

Abdul Latif B. Abdullah



Generasi Pertama

1967-1987
Haji Ismail B. Nayyan
1988-1997
Haji Yahya Affandi
1998-2004
Haji Ahmad B. Haji Ali
2004-Sekarang
Haji Sharib B. Haji Hasyim
Generasi Kedua




         Pada awal penubuhan masjid,bahan mentah yang digunakan hanyalah kayu untuk membinanya. Seperti yang diketahui,masjid Felda Sungai Tiang ini berkeluasan 2 buah rumah yang hanya mampu memuatkan 200 orang dalam satu-satu masa. Namun, penggunanya berjumlah lebih 500 orang termasuk anak-anak peneroka. Hal ini pasti membebankan para jemaah. Namun, 25 tahun kemudian,kerajaan negeri telah bercadang untuk meluaskan kawasan masjid.Hal ini dilakukan dengan merobohkan masjid asal untuk membina sebuah masjid batu yang mampu menampung lebih 1000 jemaah dalam satu-satu masa. Batu asas pembinaanya telah diletakkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-empat,Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad pada 9 Jamadilakhir 1405 bersamaan 1 Mac 1985.


   (Batu asas pembinaan masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang)

          Proses pembinaan masjid  baru yang bernilai melebihi Rm 1 juta  memakan masa 5 tahun  dan berjaya disiapkan pada tahun 1989. Pembinaan masjid ini didanakan oleh penduduk Felda ini sendiri di mana mendermakan wang mereka seikhlas mungkin untuk pembinaan tersebut.setelah wang yang didermakan oleh penduduk tidak mencukupi, barulah penduduk meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk mencukupkan dana tersebut. Hal ini menunjukkan penduduk Felda Sungai Tiang berdikari dan mampu menyelesaikan masalah dengan bersatu padu. Hal ini dibuktikan dengan kata-kata pujian dan semangat kepada penduduk Felda Sungai Tiang yang diucapkan sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Ke-empat.
         Semasa proses pembinaan, para peneroka bersembahyang di dewan lama yang terletak bersebelahan masjid. Akhirnya, pada 1 Syaaban 1409 hijrah bersamaan 9 Mac 1989, masjid Felda Sungai Tiang yang baharu telah dibuka secara rasmi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimana beliau merupakan penaung agama islam negeri kedah.

(Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang yang baru)
            Setiap masjid memerlukan dana untuk pembayaran bil air dan bil elektrik. Masjid Felda Sungai Tiang  juga sama  memerlukan peruntukan dana untuk  membuat  pembayaran bagi bil-bil tersebut. Maka, Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan atau dikenali sebagai FELDA memperuntukan dua bidang tanah untuk penanaman pokok-pokok getah. Hasil jualan dari susu getah tersebut akan digunakan sebagai dana untuk melakukan pembayaran bil-bil tersebut serta penambahan dan pembaikkan segala kemudahan yang terdapat di dalam dan di sekitar kawasan masjid. Penanaman pokok kelapa di sekitar kawasan lapangan yang terbuka berdekatan dengan dewan serbaguna tersebut bermula pada tahun 1960an apabila sebilangan daripada peneroka diminta membawa sebiji buah kelapa setiap seorang dari kampung halaman yang mereka diami sebelum ini untuk dijadikan sebagai benih untuk penanaman pokok kelapa di kawasan sekitar dewan serbaguna itu. Hasil daripada pengeluaran buah kelapa tersebut dapat digunakan untuk menjana pendapatan tambahan masjid.


           Selain itu, FELDA turut memperuntukan dua bidang tanah tambahan untuk pembinaan dewan serbaguna serta tanah perkuburan. Selain daripada peruntukan dana FELDA tersebut, Perbadanan Kemajuan  Negeri Kedah (PKNK) turut menyumbangkan peruntukan dana dibawah Syarikat Kuari Bukit Perak, Pendang Kedah, bertujuan untuk penurapan tar jalan raya untuk halaman dan jalan-jalan di sekitar kawasan masjid. Pada tahun 2010, pelbagai kemudahan masjid dapat dilihat dan dinikmati oleh penduduk kampung Felda Sungai Tiang serta orang luar. Contohnya, pemasangan penghawa dingin serta penbinaan tandas baharu yang dapat digunakan dengan selesa oleh sesiapa sahaja. Selain masjid yang disiapkan, terdapat banyak pokok buah-buahan ditanam penduduk seperti pokok manggis,rambutan dan sebagainya. Hal ini untuk santapan sesiapa sahaja yang ingin menikmati buah-buahan tersebut.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan