Sabtu, 26 Februari 2011

Kegiatan Masjid Di Felda Sungai Tiang

         Setiap masjid mempunyai keagamaan dan cara pendakwahannya yang tersendiri. Namun, tujuannya hanyalah satu iaitu untuk menyeru para jemaahnya mengesakan Allah S.W.T. Masjid Felda Sungai Tiang juga mempunyai aktiviti atau kegiatan dakwah yang tersendiri seperti kuliah bulan, kuliah ramadhan dan sebagainya.Berikut merupakan aktiviti dakwah masjid ini.

KULIAH MAGHRIB

         Masjid Felda Sungai Tiang juga turut mempunyai kuliah maghrib seperti masjid –masjid yang lain. Kuliah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu dan penceramahnya yang tersendiri.Kuliah ini dilakukan untuk menyedarkan masyarakat islam di sini agar sentiasa beribadah kepada Allah sementara mempunyai masa. Antara bidang ilmu yang diajar adalah seperti ilmu fiqah ,tauhid, hadis dan sebagainya. Contohnya, pada hari jumaat (malam sabtu), penceramahnya ialah Ustaz Wan Zakaria.


Senarai penceramah ,hari dan jenis ilmu yang diajar

Hari
Nama penceramah
Jenis ilmu yang diajar
Ahad malam
Ustaz Mansur
Hadis
Isnin malam
Ustaz Mat Saad
Tidak diketahui
Selasa malam
Ustaz Nasri
Hadis Dan Fiqah
Sabtu malam dan Rabu malam
Haji Sharib
Fiqah Dan Tauhid


 KULIAH BULANAN

Sebelum membuat kuliah bulanan, ahli jawatankuasa perlu memberitahu jabatan mufti untuk memudahkan jabatan tersebut membuat pemilihan penceramah yang akan menyampaikan kuliah bulanan. Kuliah bulanan tersebut  dilakukan pada setiap minggu ketiga pada setiap bulan (hari rabu malam khamis). Kuliah ini dilakukan untuk meningkatkan ilmu agama anak-anak kariah. Berikut merupakan jadual kuliah bulanan sesi 2011.
Jadual kuliah bulanan Masjid AL-Falah,Felda Sungai Tiang

Bil
Tarikh
Nama

1
 21 Safar 1432 /
 26 Januari 2011
Ustaz Muhammad Akmal Bin Azim
2
20 Rabiulawal 1432/
23 Februari 2011
Ustaz Zubir Bin AbdulRahman
3
25 Rabiulakhir 1432 /
30 Mac 2011
Datuk Syeikh Abdul Hamid Bin Zahir
4
23 Jamadilawal 1432 /
27 April 2011
Ustaz Muhammad Isa  Bin Abdul Rahman
5
21 Jamadilakhir 1432 /
25 Mei 2011
Datuk Sheikh Fadhil Haji Awang
6
20 Rejab 1432 /
22 Jun 2011
Ustaz Aminuddin Bin AbdulRahim

7
18 Syaaban 1432 /
20 Julai 2011
Ustaz Roslan Che Ros
8
23 Syawal 1432 /
21 September 2011
Ustaz Usman Bin Ali
9
21 Zulkaedah 1432 /
19 Oktober 2011
Ustaz Hazli Bin Ismail
10
20 Zulhijjah 1432 /
16 November 2011
Datuk Sheikh Muhammad Badarudin Bin Haji Ahmad



























MAJLIS BACAAN YASIN

          Bacaan akan dilakukan pada hari khamis (malam jumaat). Hal ini untuk menghormati dan memuliakan hari jumaat yang sudah diketahui sebagai penghulu segala hari. Bacaan yasin akan dikendalikan oleh imam masjid dan disertai oleh anak kariah. Majlis ini dilakukan sementara menunggu masuknya waktu solat isyak. Majlis ini tidak mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana surah yasin hanya mempunyai 83 ayat beserta ayat-ayat lazim. Namun, ianya bergantung kepada keikhlasan pembacanya. Majlis ini tidak akan dirasa membebankan jika pembacanya ikhlas membacanya. Selain itu,majlis bacaan yasin turut diadakan untuk menyedekahkan pahala bacaan yasin tersebut kepada sanak saudara yang telah meninggal dunia. Hal ini kerana satu bacaan lengkap surah yasin adalah bersamaan melengkapkan senaskah Al-quran. Hal ini menyebabkan para jemaah tidak jemu untuk membaca surah yasin pada setiap malam jumaat.

KULIAH RAMADHAN

          Kuliah ramadhan merupakan kuliah yang memberi informasi penting mengenai bulan ramadhan kepada para jemaah yang mendengarnya.Masjid Felda Sungai Tiang hanya akan merancang kegiatan ini pada setiap bulan ramadhan sahaja. Kuliah ini akan dilakukan pada setiap minggu iaitu pada hari sabtu dan masanya selepas waktu asar. Dalam kuliah ini,penceramah akan menyampaikan kuliah mengenai kelebihan,perkara yang dilarang, aktiviti yang menyumbang pahala dan sebagainya semasa berpuasa.
PEMBERIAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA
                Pada setiap bulan ramadhan, aktiviti pemberian bubur lambuk secara percuma akan disedekahkan kepada penduduk kampung Felda Sungai Tiang dan penduduk kampung yang lain.Dana pendapatan untuk memasak bubur lambuk  diambil daripada hasil tanaman pokok getah dan kelapa. Bahan mentah iaitu santan untuk memasak bubur lambuk diambil dari pokok kelapa yang ditanam sebilangan peneroka awal 40 tahun yang lalu. Oleh itu,kos untuk menghasilkan bubur lambuk dapat dikurangkan kerana menggunakan bahan mentah yang sedia ada di sekitar masjid. Para petugas yang ditugaskan memasak bubur ialah para penduduk Felda Sungai Tiang sendiri. Mereka melakukan tugas tersebut secara berkumpulan. Mereka juga melakukan tugas tersebut secara sukarela hanya untuk memperolehi pahala yang berlipat kali ganda semasa bulan ramadhan.

PEMBERIAN KHAIRIAT KEMATIAN


          Masjid Felda Sungai Tiang juga mempunyai aktiviti pemberian khairiat kematian kepada ahli-ahlinya. Aktiviti  ini dilakukan apabila terdapat ahli khairiat atau keluarganya meninggal dunia. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan dan bebanan penanggungan kos pengebumian arwah. Khairiat kematian ini termasuk kos memandi,mengapan dan pengebumian jenazah. Selain itu, sebuah van jenazah juga disediakan untuk mengambil jenazah yang meninggal jauh dari felda ini. Kos pengambilan jenazah menggunakan van tersebut akan dipotong daripada wang khairiat kematian. Hal ini mampu mengurangkan bebanan keluarga arwah untuk mengambil jenazah yang berjauhan dari kawasan felda ini. Jumlah khairiat kematian ialah berjumlah Rm 600 untuk seorang ahli khairiat tersebut.
(Salah satu majlis akad nikah yang dilakukan di masjid ini)

Peranan Masjid Al-Falah, Felda Sungai Tiang Kepada Masyarakat

        Setiap institusi mempunyai peranannya yang tersendiri. Institusi masjid juga turut memainkan peranan penting untuk menjaga kepentingan masyarakat.Oleh itu,Masjid Felda Sungai Tiang memainkan peranan untuk menyeru masyarakat agar mengesakan Allah. Hal ini dipraktikkan oleh masjid ini dengan melakukan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama dan bacaan yasin untuk menarik minat penduduk felda. Selain itu, masjid ini juga merupakan tempat menuntut ilmu kerana terdapat kelas fardhu ain yang dijalankan di dewan lama bersebelahan masjid ini. Kesimpulannya, Masjid di Felda Sungai Tiang ini sentiasa berperanan untuk memberi keselesaan dunia dan akhirat kepada penduduknya.

Masalah Yang Dihadapi Masjid Di Felda Sungai Tiang

        Masalah utama yang dihadapi oleh masjid ini ialah kekurangan jemaah. Hal ini dapat dilihat semasa waktu solat subuh,kekurangan jemaah tampak jelas kelihatan berdasarkan kehadiran jemaah. Terutamanya pada tahun 1970 hingga 1980(wallahualam),jumlah jemaah berkurangan secara drastik kerana kekurangan aktiviti keagamaan. Masalah ini seharusnya dicegah secepat mungkin untuk mengelakkan kemurkaan Allah S.W.T.

Jalan Penyelesaian Yang Dilakukan


        Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Masjid Al-Falah juga telah mengambil langkah yang cekap untuk meningkatkan jumlah jemaah yang hadir. Pelbagai aktiviti keagamaan yang dijalankan masjid ini tampak memberi impak positif kepada jumlah kehadiran jemaah. Contoh aktiviti yang dilakukan ialah perarakan sempena maulidur rasul,majlis maal hijrah dan sebagainya. Jalan penyelesaian yang diambil amat berkesan kerana jumlah jemaah yang hadir bersolat ke masjid ini meningkat mendadak. Selain itu,aktiviti riadah atau bersukan seperti sepak takraw dan badminton juga dijalankan di kawasan gelanggang bersebelahan kawasan masjid. Apabila masuknya waktu solat,para penduduk yang beriadah disitu boleh bersembahyang di masjid Al-Falah ini. Hal ini mamapu meningkatkan jumlah jemaah yang bersolat di masjid. Setiap institusi masjid perlu mempunyai langkah yang berkesan untuk meningkatkan jumlah jemaahnya agar masjid dapat diimarahkan.
(Generasi muda yang memainkan peranan penting dalam mengimarahkan institusi masjid)
Penutup
        Masjid merupakan tempat beribadah yang paling dituntut dalam islam. Hal ini dapat dilihat dalam sabda Rasulullah bahawa sesiapa yang tidak datang bersolat di masjid tanpa keuzuran maka tidak sempurnalah solat seseorang itu. Seseorang muslimin atau muslimah seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar berdasarkan sabda baginda tersebut.Hal ini perlu dilakukan untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu,setiap orang islam perlu berusaha mengubah diri sendiri secepat mungkin untuk menegakkan agama islam dengan mengimarahkan masjid kerana ajal maut tidak mengenal tempat,masa dan usia.

Bibliografi

·        Pak Rahim Janggut (Ahmad Mahmud), No.230,Felda Sungai Tiang,06750,Pendang,Kedah.
·        Mahmud Tajudin B. Mat (Pak Lang),Tok Siak Masjid Al-Falah,Felda Sungai Tiang,06750,pendang,Kedah.
(Encik Mahmud Tajudin atau lebih dikenali sebagai Pak Lang,beliau memegang tanggungjawab sebagai Tok Siak yang telah lama berkhidmat di Masjid Al-Falah,Felda Sungai Tiang)
·        Encik Amel Bin Ali,No.331,Felda Sungai Tiang,Pendang,Kedah
·        Bahagian Bilik Mesyuarat Masjid Al-Falah,Felda Sungai Tiang,Pendang,Kedah.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan